tiap manusia yg dijadikan msti dikurniakan pasangan secara fitrahnya...emmmm, post kali ni nk share sikit pasal majlis perkahwinan seseorang yg sy sayang..ouw! so sweet :)
pd 10hb dan 11hb disember yg lepas, sy terlibat secara langsung demi memenuhi permintaan Madam Salmalina Salleh dan suami Encik Amir Firdaus..(sy tetap nk pggil Miss jgak..hehe)
pada masa ni, jari telunjuk sy masih merah semerah jari jemari halus miss yg sy riaskan dengan inai malam sebelum majlis..walaupun keletihan dan tampak susut, senyuman kebahagiaan tetap terpancar pada wajah bakal raja sehari yg comel ni.
majlis pernikahan:
majlis bersejarah ini dilangsungkan di Masjid Universiti Islam Malaysia pada jam 10 pagi..debaran makin terasa tetapi bakal pengantin lelaki sgt tenang seperti biasa. ruang solat dipenuhi dgn kaum keluarga kedua2 belah pihak. sebelum akad nikah dimulakan, upacara adat serah terima dilakukan. kedua2 pihak saling menyerahkan barang hantaran yg dibawa kepada pihak masing2. seterusnya, ustaz merangkap tuan kadi mula membacakan khutbah atau nasihat perkahwinan. seluruh hadiri khusyuk dan ingatan sy dapat merakam beberapa nasihat yg diberikan...(mane la tau leh wat panduan nnti..hihi)
selepas istighfar dan selawat, akad nikah dimulakan...dengan sekali lafaz yg sgt tenang, miss bergelar isteri kepada suaminya. Alhamdulillah. nafas lega ditarik apabila doa dibacakan :)
selepas itu, bacaan taklik oleh si suami dimulakan...setiap janji yg dilafaz dapat didengar dgn jelas. mungkin sudah betul2 bersedia utk melayari bahtera bersama...
kemudian, pesanan khas dibacakan oleh ayah pengantin perempuan iaitu Encik Salleh kepada anak perempuan bongsunya...oh sgt syahdu mase ni. tetapi lebih syahdu apabila tiba giliran Puan Normah selaku ibu kepada miss. menitis air mata seorang ibu saat itu..bergetar suara membaca pesanan kepada anakanda tercinta. mungkin terasa berat melepaskan anak yg dijaga selama ini..anakanda membalas sebagai tanda menghargai. syahdu sgt syahdu...sy pon sebak jgak. tapi kne cover. hhihihii..
upacara membatalkan air sembahyang dan penyerahan mas kahwin berjalan lancar...kedua2 mempelai tersenyum simpul dengan usikan saudara mara dan sahabat yg datang
majlis persandingan (black, red & white):
berlangsung di Kelab Golf JPA Bukt Kiara pada hari yg sama dan sgt meriah dengan jemputan yg hadir. sy dan kawan2 yg laen membantu keluarga pengantin untuk memastikan kelancaran majlis (kire org kuat jgak la..hehe)
Alhamdulillah, dengan cuaca yg baik majlis berjalan lancar tanpa apa2 halangan..
selepas tetamu pulang, kami setia menemani pasangan sehingga tamat photoshoot di padang golf..bahaya la jgak sebab nanti x pasal je kene bola golf terbang...hihi. risiko tinggi tapi x menghalang geng photographer menjalankan tugas dieorang.
~bersurai ke destinasi masing2.
:: tQ sebab jemput kiteorang dtg..mintak halal yg mane terkurang atau terlebih. setakat tu je yg kiteorang mampu. pasni dah xleh nk manja2 lagi ngn miss..hihi. semoga miss dan suami bahagia sehingga akhir hayat, dikurniakan zuriat yg soleh dan membina keluarga yg sakinah & mawaddah....amin~ ::
happy wedding |
*bnyak lagi pic kat album ni :) sekian~
No comments:
Post a Comment